As Salam,
Saya masih baru lagi dalam dunia blogger ni, tapi tajuk pertama yang saya ingin kongsikan bersama-sama anda semua pada kali ini adalah berkaitan dengan wanita terutamanya. Mungkin anda diluar sana berminat ingin mengetahui apakah tanda-tanda awal kehamilan terutama bagi yang telah sekian lama menantikan cahaya mata atau yang baru mendirikan rumah tangga dan mengharapkan tangisan si kecil yang akan menceriakan anda semua atau yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Ok mari kita tengok diantara tanda-tandanya:-
1.KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Anda pernah terjadi hal ni?Kebanyakan diawal kandungan sering terjadi simptom ni sebab janin akan makin membesar didalam rahim kita dengan menekan pundi kencing terutama pada minggu terakhir kandugan dan akan juga terjadi pada awal-awal kandungan. Bagi yang mengalami simptom ini kita akan sering terasa kerap membuang air kecil dan selalu ke tandas walau sebenar ye kuantiti air kencing hanya sedikit saje. Tapi bagi yang mengandung berhati-hati dan selalu membuat pemeriksaan kerana takut diserang kencing kotor dan akan memberi kesan pada buah pinggang dan janin kita.
2. SAKIT KEPALA DAN MUAL (LOYA)
Hal ini amat-amat popular dikalangan ibu-ibu yang baru di sahkan mengandung. Kita pasti akan mengalaminya tidak banyak akan dapat tempiasnya sedikit pasti berasa tidak selesa. Hal ini terjadi kerana perubahan hormon yang menigkat dalam tubuh kita. Pada saat ini pasti ramai yang mengidam nak makan benda-benda masam dan manis bagi menghilangkan rasa tersebut. Bagi sesetengah wanita simptom ini dapat diatasi dengan pengambilan susu atau acid folid kerana ianya amat bagus untuk ibu-ibu diawal kandungan bagi memberi tenaga tambahan bagi menjalankan tugas-tugas seharian.
3. BUAH DADA MEMBENGKAK DAN SENSITIF
Simptom ini lebih kurang sama dengan simptom pre-mestured tapi kebanyakan tanda-tanda awal kehamilan berkaitan dengan tanda-tanda sebelum mestured jika anda mula rasa buah dada membengkak terutama puting sensitif itu adalah disebabkan pengaliran darah ke buah dada dan longgokan lemak terkumpul disitu bagi memproses susu. Kesakitan bergantung kepada individu tertentu juga, apapun kita kena sabar sebab ianya memakan masa yang lama sehingga bayi dilahirkan. Susu ibu adalah yang terbaik didunia disamping dapat menguruskan badan bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak kelak.
4. PERUBAHAN SUHU BADAN
Simptom ini sering kali orang pandang remeh kerana masih tidak faham dengan situasi badan selepas berumah tangga. Selepas beumahtangga anda perasan atau tidak badan kita akan menjadi tidak selesa selalu rasa macam nak demam tapi tidak. Kalau dikaji balik apabila suhu badan menigkat adalah masa yang sesuai untuk bersama pasangan masing-masing kerana pada masa ini proses subur seorang wanita. Tetapi ada juga dikalangan kita pada awal kehamilan akan mengalami demam dan badan jadi tidak sedap, jika anda merasa simptom ini elakkan mengambil panadol atau pil kerana akan menghalang proses persenyawaan berlaku atau boleh menyebabkan keguguran.
5. TIDAK DATANG BULAN
Simptom ini adalah sinonim dengan kehamilan tetapi ada juga dikalangan kita miss period tapi bila buat UPT tetap negatif. Setiap wanita HCG masing-masing berbeza adalah lebih elok menjalankan pemeriksaan sendiri dirumah abila miss period dalam 14 hari keatas dan paling lama anda boleh menunggu miss period ini dalam sebulan. Jika dalam masa sebulan masih lagi test negatif adalah wajar bertemu doktor anda. Majoriti kebanyakan wanita apabila miss period akan mendapat keputusan megembirakan.
Sebenar ye banyak lagi tanda-tanda awal kehamilan ni, dia berbeza mengikut wanita itu sendiri. Rasa setakat sini dulu ada masa dan rezeki kita berjumpa lagi dengan tajuk yang best terutama kehamilan. Semua wanita inginkan zuriat tetapi rezeki Allah hanya Dia yang tahu. Apa nasihat saya jagala pemakanan anda jika ingin megandung kerana dari pemakan kita akan memberi benih yang sihat dan anak yang kuat.
Segala catatan ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak yang hidup atau meninggal dunia. Apa yang dicatatkan melalui pengalaman sendiri dan jika apa berlaku adalah tanggungjawab masing-masing. Yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan teladan. Sekian Terima Kasih.
Jumpa Lagi...Wasalam